3 CERITA MITOS CUTI-CUTI DI KOTA KINABALU-KUNDASANG!

3 CERITA MITOS CUTI-CUTI DI KOTA KINABALU-KUNDASANG!
=======================================


Kadang-kadang geram juga dengar bila orang cakap kat Sabah ni susah nak cari makanan Halal la, jalan kat sini susah la, x banyak signboard, takut sesat la dan bermacam-macam cerita yang bila saya dengar, rasa nak marah, ketawa dan nak nangis pon ada..!!
.
.
Sekarang saya nak kongsikan 3 CERITA MITOS yang seringkali saya di tanya soalan oleh pengunjung atau bakal pengunjung yang nak bercuti di Negeri Sabah di Bawah Bayu ni...


✏MITOS 1.
TAKUT KENA CULIK!
.
.
atau orang jawa cakap, KIDNAP...! 


untuk pengetahuan tuan/puan, kejadian culik menculik yang selalu kita dengar dalam Radio atau TV tu, memang berlaku di kawasan perairan Sabah, tapi itu di kawasan Lahad Datu & Semporna. Nun jauh 8-12 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Kalau setakat tuan/puan berenang di Pulau Tunku Abdul Rahman tu, banyak lagi Mat Salleh yang berenang sama, bagus penculik tu kidnap orang putih dari kidnap orang kita2 ni kan? Faham ke tak faham ni? 


Apa yang saya maksudkan, kalau tuan/puan hanya bercuti di Kota Kinabalu, belum pernah lagi saya dengar kes orang kena culik di Bandaraya Kota Kinabalu tu. Selalunya tuan/puan akan nampak abam polis jalan satu geng bawa senjata api bersiar-siar sambil tengok orang Korea! Yang tu diorg jaga keselamtan la tu.. 



✏MITOS 2.
SUSAH NAK CARI RESTORAN HALAL
.
.
Alamak hai....! Habis tu, Sabah ni bukan dalam MALAYSIA ke? 
.
.
Untuk pengetahuan tuan/puan, di Bandaraya Kota Kinabalu sahaja, memang kita susah nak pilih makanan HALAL & BERSIH sebab terlampau BANYAK RESTORAN/GERAI Muslim samada milik orang tempatan, Mamak atau Chinese Muslim Terlalu banyak, sampai kita x tau nak pilih! Jadi, team kami akan dan boleh sarankan di mana tempat makan yang BAGUS, SEDAP & BERPATUTAN... 
.
.
OTW ke Kundasang tu, bagi yang muslim tu, jangan pula singgah kat gerai SINALAU BAKAS yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan tu.
SINALAU BAKAS= BABI HUTAN PANGGANG!
.
.
Orang selalu cakap makanan SEAFOOD di Sabah ni MURAH!
.
.
MEMANG BETUL! 
.
.
Nak nak lagi kalau makan kat Bulatan Todak, memang murah giler..! sampaikan Guest kami dari semenanjung cakap, "AKU BAJET2 MAKAN KITORANG TD, ADA LA RM400 LEBIH, SEKALI SAMPAI BIL, RM199 JERRR..! X MASUK AKAL LANGUNG LERR...!" Sambil cungkil2 gigi, abang tu tersenyum kekenyangan... Blurp!

✏MITOS 3


NAK CUTI-CUTI MESTI SUSAH & MAHAL
.
.
Sekali lagi saya maklumkan, tuan/puan kalau nak datang bercuti di Sabah, masih lagi pakai Ringgit Malaysia, bukannya nak kena tukar pegi DOLLAR ke, POUND STERLING ke, DOLLAR BRUNEI ke...
.
.
Maksud saya, selagi bercuti kat dalam Malaysia ni, Bercuti masih Murah!
.
.
Kami sempat tanya Brader dari Johor Bahru tu, "BAJET DATANG BERCUTI KE SABAH NI, BERAPA RM BANG?" Dia, dengan selambanya cakap, "SEPULUH RIBU DIK.... TAPI RUPA2NYA 5 RIBU PUN X HABIH..!"
Abang tu senyum2 sambil makan LOBSTER BESAR BAPAK kat Bulatan Todak... 

Cuti-cuti Bulan November yang lalu memang BEST sangat..!
sebab cuaca yang bagus, x hujan atau Ribut!
.
.
Seawal jam 6 pagi, Guest kami dah jalan-jalan sekitar Homestay Kundasang menikmati Udara Sejuk Segar dari Gunung Kinabalu yang nampak jelas tanpa ada sedikit kabus pun...! (Kami memang akan bagi TIPS ni bila dah sampai Kundasang).
.
.
Seawal jam 7.30 pagi juga, Driver & rombongan kami dah terpacak kat pintu gate Desa Cattle Farm tu, sebab kalau lambat, alamat kena beratur panjang la jawapnya... 
Sambil-sambil menunggu tu, Boleh la amik gambar kenang-kenangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Rasa macam kat Oversea pula! 
Tapi percayalah, anda hanya akan menikmati suasana begini, jika anda sampai ke Kundasang sahaja...!
Lepas dah puas menikmati pemandangan di Desa Cattle, minum susu segar, bawa anak-anak beri makanan dan susu pada anak lembu dan kambing yang ada di sana,tibalah masanya beredar ke Tagal Luanti Fishspa...
.
.
Di Tagal Luanti Fishspa ni, anda boleh bermain-main dan belai-belai dengan ikan yang jinak di sini. Percaya atau tidak, ikan kat sini ada yang sebesar betis! BESAR tu...! Bayangkan ikan tu isap2 kaki korang, mesti GELI kan?? tu sebab jangan heran kalau kat sini, nampak abang2 atau akak2 tengah jerit2, TAK TAHAN GELI la tu... 
Tiket hanya RM5 seorang...
.
.
Lepas tu boleh la gerak ke Sabah Tea, yang berada berhampiran juga dengan Tagal Luanti Fishspa ni. 
Kat Sabah Tea ni, masuk FREE sahaja. Kat sini kalau nak makan tengahari pun boleh, makanan kat sini kira RECOMMENDED juga la, Boleh tahan. 
Selain itu, tuan/puan juga boleh membeli produk Teh dari Ladang ini yang banyak dijual di kedai berhampiran denga ladang ini juga.. Jangan lupa amik gambar di Ladang Teh tu ya?? pemandangan memang SUPERB!
.
.
Lepas dah kenyang, boleh meneruskan perjalanan ke Poring Hotspring yang terletak setengah jam dari Sabah Tea ni.
Di Poring Hotspring, tiket berharga RM10 utk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak. 
Aktiviti kat sini biasanya mandi manda di Kolam renang, Mandi air Panas di Tab yang disediakan dan juga kalau nak Canopy Walk pun boleh. Tapi pastikan tuan/puan memakai kasut yang sesuai, jangan pakai kasut Heel pulak yerr..?? 
.
.
Lepas dah habis mandi-manda tu, jom teruskan perjalanan balik samada ke Homestay Kundasang atau Homestay Kota Kinabalu. Biasanya kalau ikut Trip kitorang, lepas mandi-manda tu, kitorang akan bawa singgah ke gerai buah-buahan dan bunga di tepi jalan Kundasang tu jer... Buah-buahan kat sini memang segar! 

Jangan lupa try 'Buah Cinta', hanya di Kundasang......... 



"Bercuti lebih MUDAH bersama kami!"

SuzaHomestay Kota Kinabalu


*Sila klik 'LIKE' atau 'SHARE' jika post ini bermanfaat untuk anda.


 Untuk pertanyaan, Hubungi kami di 0168818153 / 0168281916 Whatsapp / Call.



Kami menyediakan segala kemudahan percutian anda di Kota Kinabalu & Kundasang.



#kundasang
#kundasangtrip
#homestaykotakinabalu
#homestaykundasang
#pakejcutimurah
#keretasewakotakinabalu
#vansewakotakinabalu




Comments