TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG, SABAH.
==============================================================
==============================================================
![]() |
PAKEJ CUTI KOTA KINABALU-KUNDASANG |
Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan
yang terletak di Kundasang,
masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk
pergi ke semua tempat yang ada di sana.
Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak
mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.
Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk
anda apabila bercuti sendiri di Kundasang walaupun
tanpa ada pemandu pelancong!
1.Tempah Homestay untuk 1 malam di Kundasang.
✔ Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang
kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.
✔Tempah homestay di KUNDASANG ya,
bukan di PEKAN RANAU!
✔TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY,
pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Percaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!
P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk
memudahkan pergerakan ke lokasi anda.
Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
2.Tempah tiket penerbangan yang sampai di
lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.
✔Apabila sampai awal di Kota Kinabalu,
Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal
yang mungkin sebab ada banyak tempat
yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.
✔TIPS - Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu
pada hari jumaat.
Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG
sebelum tengahari. Di tamu kundasang banyak bezanya
dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti
Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.
3.Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat
menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm,
War Memorial dan Kinabalu Park.
✔TIPS - Anda boleh berkunjung jam 3-4 di
Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah
anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.
✔TIPS - Pasang lampu kereta sekiranya kabus
sudah meliputi kawasan Kundasang untuk
keselamatan anda dan pemandu yang lain.
4.Waktu petang, anda sudah boleh cek in
di Homestay yang Anda sudah tempah.
✔TIPS - Cari Homestay yang ada menyediakan
kemudahan BBQ.
✔Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana Anda
tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam.
Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak
ada disediakan kipas atau aircond!
5.Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang
atau di Ranau.
✔TIPS - Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak
6.Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang
terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau.
Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.
✔TIPS - Pakai pakaian dan kasut yang sesuai
untuk menaiki canopy walk.
perjalanan ke canopy walk ala-ala jungle treking.
Pastikan anda tidak memakai Kasut Tumit ya??
7. Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung
Luanti Fishspa. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya??
Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!
8.Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan
perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk
cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.
✔TIPS - singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak
barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli
sebagai cenderamata.
*Jika ANDA rasa TIPS ini berguna, sila "LIKE" atau "SHARE" dengan kengkawan.
Terima Kasih
P/S : Kami menyediakan Pakej Cuti MURAH & BAJET di Kota Kinabalu-Kundasang. Anda pasti tidak tertarik dan TIDAK PERCAYA dengan harga yang kami tawarkan...!
**Untuk pertanyaan Hubungi kami di
0168818153 / 0168281916
@Suzahomestay Kota Kinabalu
@Cuti_Kinabalu
@Cuti_Kinabalu
@penginapankk
@pakejcutisabah
#homestaykotakinabalu
#homestaykundasang
#keretasewakotakinabalu
#transportkotakinabalu
#pakejcutisabah
#pakejcutikundasang
Comments
Post a Comment